Bekas KSN Abdullah Ayub Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2011

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdullah Ayub pada Sabtu mengetuai senarai 1,707 penerima anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdullah, yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia, dikurniakan Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M) yang membawa gelaran 'Tun'.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 1979.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd Salleh dikurniakan Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Tiga puluh tujuh individu lain turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang juga membawa gelaran 'Tan Sri'.

Antara mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon.

Pengasas Merdeka Studios Datuk Lakshmanan Krishnan, Presiden Majlis Aids Malaysia Datuk Mohd Zaman Khan@ Hassan Rahim Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Seri Anthony Francis Fernandes, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah@ Zainal Abidin juga menerima P.S.M.

Sementara itu, sembilan individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Di-Raja (P.S.D.) yang membawa gelaran "Datuk".

Antaranya ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali, Pengarah Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad Tan Hong Hing@ Tan Eng Hing dan Juruiring Tentera Udara kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Zaharin Ahmad.

Seramai 67 orang lagi dikurniakan darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran "Datuk".

Mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Profesor Kanan Patologi Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Looi Lai Meng, Ketua Jurulatih Skuad Bolasepak Kebangsaan Rajagobal Krishnasamy dan legenda bola sepak negara mendiang Arumugam Rengasamy.

Pendaki Gunung Everest Datuk Mohanadas Nagappan, pendaki Gunung Everest Datuk Magendran Munisamy, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita Umno Pusat Kamilia Datuk Ibrahim dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak John Sikie Tayai juga dikurniakan P.J.N.

Tiga warganegara asing yang dikurniakan P.J.N. ialah Pengasas/Pengerusi Ghanim bin Saad Alsaad & Sons Group (GSSG) Qatar Ghanim Saad M Alsaad Al-Kuwari, Penasihat Kanan dan Naib Pengerusi Qatari Diar, Doha, Qatar Ikbal Abouelkacem Abbassi dan Konsul Kehormat Malaysia di Adelaide, Australia Selatan Hassan Salleh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zulkefli Salleh dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M.).

Editor Meja Rencana Bernama Rohana Mustaffa, Editor Meja Penyuntingan Bahasa Melayu Bernama Mahrus Ibrahim dan Penolong Editor Meja Berita Perkhidmatan Dalam Negeri Hafizah Kamaruddin pula menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan