10 Produk Makanan Dari Taiwan Bebas DEHP - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.

Produk tersebut ialah Manggo Agar Pudding, Seaweed De Vinegar Drink, Plum Active Vinegar Drink, Peach Health Vinegar Drink, Grape Vinegar Drink, Plum Extract Jelly, Sliced Cheese, Assorted Fruit Flavour Jelly, Ruby Red Grapefruit Drink dan Orange Vinegar Drink.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan Sabtu berkata, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenaan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

Katanya, semalam pihaknya menerima laporan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan mengenai tambahan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah di eksport ke Malaysia.

Produk makanan tersebut ialah Black Tea keluaran Good Young Co Ltd, Lemon Juice Power A keluaran Kakawa Enterprise Co Ltd, Fruit Jelly/Assorted (210g, 525g dan 1.26kg), Bear Fruit Jelly Brown (580g), Bear Fruit Jelly Pink (580g), Fruit Jelly N.C (9.08kg) dan Fruit Jelly Bear (9.08kg) keluaran Triko Foods Co Ltd.

Justeru itu, katanya Kementerian Kesihatan telah menghubungi kesemua pengimport produk itu untuk menarik balik produk berkenaan daripada pasaran dengan serta merta.

Liow berkata pihaknya turut menjalankan pemantauan di pasaran tempatan dan sekiranya produk tersebut masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan.

"Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dinasihatkan tidak memakan produk tersebut," katanya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan