PAS Serah Kepada SPRM Siasat Dakwaan Kickdefella

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: PAS tidak akan masuk campur mengenai isu membabitkan calon Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwa pernah memberi RM350,000 kepada penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azizi Syed Abdul Aziz pada tahun 2009.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campur tangan dalam hal tersebut dan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Kita tak ada kuasa nak ambil tindakan, yang ada kuasa ialah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Kita terbuka untuk mereka jalankan siasatan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Ditanya sama ada PAS akan menjalankan siasatan dalaman mengenai isu berkenaan bagi membersihkan nama pemimpin parti itu, Abdul Hadi berkata: "Perkara ini sebenarnya tidak berbangkit."

Beliau mengulas mengenai kenyataan Syed Azizi pada Khamis yang mengaku menerima wang berkenaan daripada Husam sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 10 November 2009.

Perkara berkenaan didedahkan Syed Azidi menerusi sidang medianya semalam bagi menafikan laporan beberapa laman web bahawa beliau telah dibayar oleh Husam yang akan bertanding pada pemilihan PAS Pusat untuk berkempen bagi pihak Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan