Muktamar Tahunan PAS: Abdul Hadi Seru Rakyat Sokong Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: PAS mengajak semua rakyat menyokong perjuangan parti itu bersama-sama Pakatan Rakyat dalam membina serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kebajikan.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar di sini, Jumaat.

“Negara berkebajikan yang ingin kita capai ialah bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang bukan hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,” katanya dalam ucapan dasar dengan tema ‘Membangun Negara Kebajikan’ di sini pada Jumaat.

Turut hadir para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Abdul Hadi berkata, PAS telah membuktikan kemampuan memerintah selama 20 tahun di Kelantan dan di beberapa buah negeri dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang hanya memikirkan keselesaan material semata-mata .

“Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini.

“Apatah lagi ia mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini,” katanya.

Jelasnya, negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman.

“Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala.

“Amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat,” katanya.

Justeru, beliau beliau berkata PAS akan melaksanakan langkah tersebut bagi membetulkan salah urus tadbir ekonomi sekaligus memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan.

"Muktamar ini berlangsung di ambang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. Medan pilihan raya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita," ujarnya.

Oleh itu, Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya PAS memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urus tadbir yang dibawa parti itu sebagai asas komitmennya, untuk mentadbir Malaysia secara bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita, bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu.

“Keluarga dan masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain. Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya,” ujarnya.

Jelasnya, pemahaman konsep kebajikan dan objektifnya adalah sangat penting kepada PAS supaya apa yang dirancangkan sebagai agenda parti sepanjang sesi ini dapat dilaksanakan.

"Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa.

“Maka Islam menegaskan bahawa berpolitik adalah tugas para nabi dan pengikutnya yang setia,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan