Saya Tak Pernah Kata Mahu Jadi PM - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata mahu menjadi Perdana Menteri atau menjawat kedudukan itu pada umur 40 tahun.

Sebaliknya beliau menegaskan sedia berkhidmat dalam kedudukan apa sekalipun seperti yang dikehendaki rakyat.

"Itu adalah satu fitnah. Saya tidak berkata mahu menjadi Perdana Menteri pada umur 40 tahun atau mahu menjadi Perdana Menteri," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman interaktif Yahoo! Malaysia, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pengarang Yahoo! Malaysia mengenai perancangannya untuk menjadi Perdana Menteri semasa berumur 40 tahun nanti.

Dalam pada itu menjawab pertanyaan seorang pembaca, Radical Thinker mengenai komen negatif yang diuar-uarkan menggunakan bapa mertua iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meraih populariti, Khairy berkata bahawa beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda selepas Abdullah bersara.

Katanya, malah ketika itu beliau dilihat sebagai calon paling tidak popular dalam persaimgan paling sengit semasa pemilihan parti yang lalu.

"Tidak ada apa2 advantage bagi saya malah dilihat sebagai handicap. Tiga penjuru. Pertandingan yang hebat dan sengit," ujarnya.

Beliau berazam akan terus berjuang walau apapun komen dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan veteran dalam parti suapay sedar dan memahami aliran politik masa kini.

Ujarnya, zaman sudah berubah seiring dengan dunia politik dan kesemua pihak sepatutnya belajar untuk memahami suasana baru bagi menarik lebih ramai golongan muda dan atas pagar supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan