RM53,000 Menanti Wartawan Terbaik Dalam Anugerah NPC Naza - Berita Semasa | mStar

RM53,000 Menanti Wartawan Terbaik Dalam Anugerah NPC Naza

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM53,000 menanti wartawan tempatan yang cemerlang dalam bidang mereka pada malam anugerah NPC NAZA 2011, 4 Julai depan.

Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan menyampaikan hadiah-hadiah pada majlis itu.

Katanya tujuh kategori dipertandingkan tahun ini termasuk Wartawan Online NPC Terbaik 2011 yang baru diperkenalkan yang menawarkan hadiah RM5,000.

Kategori lain termasuk Wartawan Terbaik 2011 yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000, Wartawan Muda Terbaik 2011 (RM5,000) dan Penulis Blog Terbaik (RM3,000).

Ini termasuk kategori Anugerah Legenda Media, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dan anugerah NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysia of the Year.

"NPC juga akan memberi anugerah kepada tiga lagi rakyat Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada negara ini dalam bidang kepakaran masing-masing dan mereka akan menerima RM10,000 setiap seorang," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Ahirudin, yang juga seorang penulis blog yang terkenal, berkata penerima anugerah NPC NAZA telah dicalonkan oleh rakan wartawan dan para pemenang akan dipilih oleh barisan panel yang diketuai beliau sendiri.

Tahun lepas, petugas Bernama TV yang membuat liputan konvoi kemanusiaan Viva Palestina yang terdiri daripada wartawan Kuzaimah Idris, penolong penerbit Azmawati Azmi, penyampai berita Masrenny Masri dan jurukamera Mohd Shafie Abdullah menerima anugerah 'NPC-Celcom Axiata Rookie Of The Year'.

Anugerah NPC-Pencapaian Sepanjang Hayat dianugerahkan kepada wartawan veteran Datuk V.K.Chin manakala anugerah Legenda Media NPC-Ambank diberikan kepada Allahyarham Tan Sri A.Samad Ismail.

Kartunis Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat pula merangkul anugerah 'NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin 1Malaysian of the Year'. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan