PGPF Tetap Berbangga Walau Misi Bantuan Kemanusiaan Gagal Ke Gaza

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Meskipun misi Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak berjaya, namun mereka berbangga kerana dapat memecahkan sekatan haram Israel di perairan tersebut.

Pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai berkata kejayaan tersebut amat besar maknanya buat PGPF ditambah dengan semangat dan keberanian anggota kapal MV Finch yang sanggup menyabung nyawa demi memastikan misi itu berjaya dan menganggap mereka wira.

Walaupun misi ini tidak boleh dikatakan 100 peratus berjaya, tetapi ia telah berjaya memecahkan sekatan haram Israel, memandangkan telah berjaya memasuki perairan Gaza sebelum dihalang pihak Tentera Laut Israel, katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis.

Norian bersama Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyambut kepulangan tiga anggota kapal MV Finch iaitu wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Bendahara dan petugas sukarela dari Pejabat Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri Mohd Radzillah Abdullah.

Norian berkata walaupun berhadapan dengan kekangan tersebut, PGPF akan terus mengusahakan penghantaran bantuan ke Gaza dalam masa terdekat.

Norian berkata sembilan lagi sukarelawan kapal MV Finch itu, termasuk tiga rakyat Malaysia, dijangka pulang dalam masa terdekat setelah urusan mengaturkan penghantaran paip PVC ke Gaza selesai.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa ketua misi Matthias Chang ditahan pihak berkuasa Mesir, dan berkata Chang hanya dinafikan hak untuk masuk ke Mesir.

"Ini keputusan pihak berkuasa Mesir dan kita telah pun menghantar surat rayuan melalui Kedutaan Malaysia agar beliau dibenarkan memasuki Mesir untuk diterbangkan pulang ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dr Siti Hasmah berkata suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden PGPF, berbangga dan mengucapkan terima kasih atas pengorbanan kesemua warga MV Finch dalam misi tersebut.

"Mahathir tidak dapat hadir untuk menyambut wira-wira kita pada hari ini, tetapi beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas pengorbanan yang mereka semua ambil... beliau cukup berbangga dengan wira-wira ini.

"Kami semua termasuk keluarga mereka yang tidak putus-putus berdoa tentunya gembira kerana mereka pergi dan pulang dengan selamat," katanya sambil berseloroh dengan Mohd Faizal dan Iskandar dengan mengatakan mereka 'kena mandi bunga'. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan