Pengarah Urusan UDA Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaafar Abu Hassan
Jaafar Abu Hassan

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, pada Rabu digemparkan pula dengan peletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu.

Jaafar dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah pada Selasa, lapor Utusan Malaysia .

Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri kerana sebab-sebab dalaman dan peletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah.

Malah, peletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.

Utusan Malaysia gagal mendapatkan pengesahan berhubung perkara tersebut.

Sumber berkata, setakat ini UDA tidak berhasrat membuat pengumuman peletakan jawatan Jaafar dan tidak menolak kemungkinan ia akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana, pelantikan Jaafar dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, sumber menafikan Jaafar meletakkan jawatan kerana mempunyai hubungan dingin dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

‘‘Ia bukan disebabkan Nur Jazlan tetapi atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan. Ia terlalu awal lagi (untuk diberitahu),’’ katanya.

Jaafar memulakan karier dengan menyertai anak syarikat agensi itu, UDA Mall Sdn. Bhd. sebagai pengurus besar pada 2004, sebelum dilantik sebagai Pengurus Kanan Bahagian UDA Mall sehingga diberi tanggungjawab menerajui UDA.

Sebelum ini, nama Jaafar pernah dikaitkan untuk menerajui Johor Corporation Bhd. selepas peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan