Pemuda PAS Desak 40 Peratus Jawatan, Calon PRU Diisi Orang Muda

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemuda PAS pada Khamis mendesak pucuk pimpinan parti itu mengisi 40 peratus daripada barisan kepimpinan serta calon pilihan raya umum (PRU) akan datang dengan golongan muda.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata desakan itu membabitkan kepimpinan pada semua peringkat parti.

"Kita juga meminta (kepimpinan) PAS memberi peluang kepada calon-calon muda menjadi calon PRU akan datang," katanya kepada pemberita di sini selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-52 oleh Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa malam Rabu.

Pada sesi muktamar pagi ini pula seramai 650 perwakilan mengundi bagi memilih timbalan pengerusi tetap, timbalan ketua, naib ketua, pemeriksa kira-kira dan anggota jawatankuasa sayap itu.

Nasruddin mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda bagi penggal kedua selepas menang tanpa ditandingi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan