Pemilihan PAS: Saya Bukan Pengganti Kepimpinan Ulama - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya bukan galang ganti kepimpinan ulama."

Demikian tegas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peluangnya pada pemilihan parti itu Jumaat ini.

Malah menurut Tuan Ibrahim, walaupun beliau dan penyandang jawatan tersebut, Nasharudin Mat Isa mempunyai latar belakang pendidikan yang sama, namun isu pengganti atau penyambung kepimpinan ulama tidak seharusnya dibangkitkan.

"Saya tak rasa begitu (pengganti). Malah saya rasa tak tepat kalau dikatakan saya ini sebagai penyambung kepimpinan ulama dalam PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengulas pandangan banyak pihak bahawa tindakan beliau menerima pencalonan bagi merebut jawatan nombor dua itu adalah sebagai penyelamat atau pengganti sekiranya perwakilan mengambil keputusan menolak kepimpinan Nasharudin.

Penganalisis meramalkan Nasharudin menghadapi laluan sukar bagi mempertahankan kedudukannya bagi penggal ketiga selepas menang buat kali pertama pada 2005.

Pada pemilihan PAS yang berlangsung bermula Jumaat ini, Tuan Ibrahim dan Nasharudin berhadapan dalam saingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menang jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan yang lalu mengakui, Nasharudin sememangnya mempunyai lebih kredibiliti berbanding beliau.

"Saya bukan menafikan hak golongan profesional untuk bertanding dalam PAS. Sesiapa sahaja dalam parti ini berhak untuk menawarkan diri bertanding sebagai pemimpin.

"Namun walau apapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan bagi memilih pemimpin mereka," katanya sambil menegaskan peluang untuk ketiga-tiga calon bagi jawatan Timbalan Presiden adalah seimbang.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan