PAS Diminta Jangan Terlalu Mengikut Kehendak Parti Lain Dalam Pakatan Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS meminta kepimpinan parti itu supaya jangan terlalu mengikut kehendak parti lain dalam pakatan pembangkang sehingga mengakibatkan PAS kehilangan identiti dan jati dirinya.

Ketuanya Datuk Harun Taib berkata PAS sebagai sebuah gerakan Islam seharusnya memelihara "assawabit" (pendirian tetap parti) dan prinsip yang menjadi pegangan parti itu.

"PAS perlu dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan assawabit. Tidak ada kompromi dalam hukum halal dan haram dan yang sudah dinyatakan secara jelas dan nyata dalam al-Quran dan sunnah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan pada acara perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar dekat sini Khamis.

Beliau meminta timbalannya Datuk Ahmad Yaakob membacakan teks ucapannya kerana beliau tidak sihat. Beliau tetap menghadiri majlis tersebut.

Harun memuji pendirian kerajaan negeri Kelantan yang tidak berganjak daripada keputusan mengharamkan judi walaupun mendapat kritikan yang hebat daripada pihak kawan dan lawan.

"Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukum memerlukan kepada `tadarruj' (cara penerapan Islam secara berperingkat)," katanya.

Beliau juga berkata perbezaan politik dengan parti bukan Islam tidak akan membuatkan PAS mengorbankan pendirian dan prinsipnya.

Sementara itu berlaku sedikit kekeliruan apabila pihak urusetia mengumumkan bahawa petugas media tidak dibenarkan membuat liputan sesi perbahasan dan pembentangan usul selepas majlis perasmian tersebut.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang ditanya mengenai perkara itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kemudiannya, berkata tiada arahan sedemikian dikeluarkan daripada pihaknya dan beliau mengambil maklum dan akan mengambil tindakan lanjut.

Kira-kira sejam kemudian, para petugas media dimaklumkan oleh pihak urusetia bahawa perkara itu telah selesai dan media dibenarkan membuat liputan menerusi bilik media yang disediakan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan