Muslimat PAS Minta Satu Kerusi Parlimen Dan DUN Bagi Setiap Negeri

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dewan Muslimat PAS Pusat akan berbincang dengan kepimpinan PAS Pusat bagi merealisasikan cadangan supaya muslimat diberi kuota satu kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan ini akan diperhalusi setiap Badan Perhubungan PAS negeri bagi memastikan calon yang dipilih, bersesuaian dengan kawasan yang ditandingi.

"Sebab kalau nak padankan calon dengan kerusi, kadang-kadang kita ada (calon) muslimat, tapi bukan dari DUN itu, jadi kita nak bawa dari DUN luar adalah perkara yang susah dalam politik.

"Kadang-kadang kerusi itu dah OK, tapi muslimat tempatan tak ada, kena import, itu ada masalah. Kita juga nak kena tengok siapa calon sebelah lawan, banyak faktor yang perlu kita teliti," katanya kepada pemberita pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-51 di sini Khamis.

Bagaimanapun, Dr Siti Mariah yang juga Anggota Parlimen Kota Raja berkata, cadangan ini mungkin tidak akan meliputi Sabah dan Sarawak kerana faktor lokasi dan persekitaran politik yang berbeza berbanding dengan Semenanjung.

Ditanya mengenai kriteria pemilihan calon daripada Dewan Muslimat, beliau berkata antara ciri-ciri utama ialah calon itu perlulah mendapat keizinan suami dan keluarga, mempunyai kelayakan akademik dan ketahanan moral dan mampu membawa isu-isu rakyat dalam parlimen dan DUN.

"Cabarannya adalah lebih kepada muslimat untuk cari calon yang boleh menang ...dalam perkiraan politik tak guna letak wanita tapi tak boleh menang, jadi sokongan jitu jentera parti juga sangat diperlukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan