Muktamar Tahunan PAS: Ulama Diseru Pertahan Jati Diri

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Ahli Dewan Ulama PAS pusat, diseru mempertahankan jati diri diri serta tidak mengikut rentak pihak tertentu termasuk Pakatan Rakyat dalam usaha menyuburkan perjuangan parti tersebut pada masa hadapan.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, identiti dan jati diri Islam penting kerana ia merupakan tunjang dan dasar parti Islam itu sejak awal penubuhannya.

"Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan parti kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

"Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam al-Quran dan al-Sunnah," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS pusat di Markas parti itu di Taman Melewar di sini, Khamis.

Teks ucapannya bertajuk ‘ Ulama Haraki Teraju Kemenangan’ dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakub.

Kira-kira 182 perwakilan hadir pada Muktamar Dewan Ulama PAS pusat kali ke-57 pada Khamis.

Dua ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Dzulkefly Ahmad serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Ghani hadir sebagai pemerhati pada Muktamar Dewan Ulama PAS pusat.

Harun mengingatkan, PAS perlu mendukung kepimpinan 'ulama haraki' yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Wal Jamaah.

“Perjuangan PAS perlu berpaksikan tadaruj (berperingkat-peringkat) kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Oleh itu, gerakan Islam seperti PAS perlu sentiasa didokong oleh golongan 'ulama haraki',” katanya.

Jelasnya, golongan berkenaan adalah golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan perjuangan dengan sabar serta tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan perjuangan menegakkan syiar Islam.

"PAS yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan," katanya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya kepimpinan ulama disokong oleh para pembantu yang turut memiliki kualiti yang sama.

"Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan