Muktamar Tahunan PAS: Siti Zailah Ketua Dewan Muslimat Baru

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru bagi sesi 2011-2013 apabila menewaskan Nuridah Salleh dengan 358 undi.

Menerusi keputusan itu, Siti Zailah mengetepikan penyandang bagi jawatan tersebut sebelum ini, Nuridah yang menerima 264 undi.

Seramai 622 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ini yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini Khamis.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Wan Embong pada pukul 7.40 malam.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud memenangi saingan satu lawan satu tersebut dengan memperoleh 437 undi mengalahkan Wan Hasrina Wan hassan.

Dalam saingan empat penjuru bagi jawatan Naib Ketua, Mumtaz Md Nawi mengekalkan jawatan beliau buat penggal kedua apabila menerima 334 undi.

Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang pada pemilihan kali ini adalah seperti berikut:

1) Aiman Athirah Al-Jundi - 497 undi

2) Dr Halimah Ali - 482 undi

3) Dr Asiah Ali - 470 undi

4) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa

5) Wan Ubaidah Wan Omar

6) Kartini Ahmad

7) Mastura Mohammad

8) Normala Sudirman

9) Azizah Khatib Mat

10) Dr Rosni Adam

11) Dr Najihatussolehan Ahmad

12) Siti Aisyah Ghazali

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan