Muktamar Tahunan PAS: Petugas Media Dilarang Membuat Liputan Perbahasan Dewan Ulama

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Timbul salah faham pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat apabila petugas media tidak dibenarkan membuat liputan pada sesi perbahasan sayap parti itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Markas PAS pusat, Taman Melewar di sini, Khamis.

Kekecohan bermula apabila pihak urusetia tidak membenarkan petugas media menggunakan bilik media yang terdapat di atas dewan persidangan.

“Harap maaf kami menerima arahan daripada Pengarah Jawatankuasa Muktamar Dewan Ulama PAS pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman tidak membenarkan mana-mana petugas media membuat liputan untuk sesi perbahasan Dewan Ulama pada hari ini.

“Hanya wartawan daripada Harakah dan Siasah sahaja dibenarkan membuat liputan,” kata seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali.

Menurutnya, mereka tidak menghalau petugas media sebaliknya hanya menerima arahan daripada pihak atasan.

“Kami minta maaf, kami tidak menghalau anda. Kami sekadar terima arahan yang semua media kecuali Harakah dan Siasah sahaja dibenar membuat liputan untuk sesi perbahasan. Bilik media ini juga tidak boleh digunakan, hanya untuk mereka yang dibenarkan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, petugas media diberi kebenaran untuk menyiapkan tugasan mereka di bilik urusetia.

Bagaimanapun selepas hampir satu jam, seorang lagi pegawai urusetia muncul dan memaklumkan kepada petugas media yang mereka telah dibenarkan membuat liputan.

“Kami minta maaf atas salah faham yang timbul. Setelah Setiuasaha Agung, Datuk Mustafa Ali menelefon dan memaklumkan kepada Pengarah Jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat barulah kebenaran diberikan.

“Sekali lagi pihak urusetia meminta maaf atas salah faham yang timbul,” katanya yang enggan dikenali.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan