Muktamar Tahunan PAS: Perwakilan Tegur Kepimpinan Pemuda Gagal Tunai Tanggungjawab

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana gagal menjalankan tugas terutamanya bagi mencapai sasaran mengambil alih kerajaan menerusi slogan 'Pas menuju Putrajaya'.

Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, sepanjang tempoh setahun selepas muktamar tahun lalu, kepimpinan Pemuda PAS hanya dilihat sebagai juara kepada isu-isu semasa tanpa memberi perhatian kepada persediaan dalaman parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita asyik bercakap tentang nak tawan Putrajaya, malah kain rentang dalam dewan ini pun ada gambar Masjid Putra... simbolik nak tawan Putrajaya.

"Tapi sejak setahun lalu pemimpin Pemuda Pusat tidak turun padang melawat perkembangan di negeri dan kawasan. Jadi macam mana nak tawan kerajaan kalau dalam parti sendiri gagal dipantau dengan baik," katanya pada sesi perbahasan laporan tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2010-2011 di sini, Khamis.

Selain itu Mohamad turut menegur barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat supaya merancang pelbagai aktiviti yang lebih menjurus kepada pembangunan dan persediaan mempersiap sedia golongan pemuda.

"Buku laporan ini tebal dengan senarai aktiviti-aktiviti seperti serah memorandum, buat kenyataan media, kerjasama itu dan kerjasama ini... tapi tak ada pun aktiviti yang disenaraikan telah dibuat untuk manfaat kepada Pemuda PAS sendiri," katanya.

Sementara itu perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerantut, Abdul Rahman Abdul Malik turut menegur Ketua Pemuda PAS di beberapa negeri supaya lebih efisyen terutamanya komitmen menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuda Pusat.

Menurut beliau, senarai kehadiran yang tidak memuaskan seperti yang dimuatkan dalam buku laporan yang diedarkan kepada perwakilan memberi gambaran negatif terhadap sayap PAS itu.

"Ada beberapa Ketua Pemuda PAS negeri yang kerap tidak menghadiri mesyuarat tanpa sebab... perkara ini amat memalukan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan