Muktamar Tahunan PAS: Nizar Yakin Menang Naib Presiden

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin yakin menang memenangi kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti Jumaat.

"Insya-Allah, keyakinan itu masih ada setakat ini. Kalau tidak takkan saya masuk dalam pertandingan itu," katanya ketika ditemui media di sini Khamis.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir pada majlis perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS.

Perebutan jawatan Naib Presiden pada kali ini merupakan paling sengit dalam sejarah pemilihan parti apabila menyaksikan pertandingan enam penjuru yang membabitkan nama-nama besar.

Selain Mohammad Nizar, lima calon lain yang akan bertanding jawatan itu ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan, Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Ketika ditanya mengenai peluang calon lain untuk menang, Mohammad Nizar berkata, kesemua calon berpotensi mengisi jawatan Naib Presiden.

Bagaimanapun beliau berkata, keputusan itu hanya bergantung kepada kebijaksanaan para perwakilan yang akan mengundi esok.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan