Muktamar Tahunan PAS: Nik Abduh Akui Menang Kerana Ayahnya - Berita Semasa | mStar

Muktamar Tahunan PAS: Nik Abduh Akui Menang Kerana Ayahnya

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui kemenangannya bagi jawatan berkenaan bersandarkan kepada pengaruh bapanya, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh berkata, secara jujurnya beliau mengakui tiga lagi calon bagi jawatan berkenaan lebih berkelayakan dari segi sumbangan kepada parti berbanding dirinya.

"Saya fikir mungkin sesetengah perwakilan itu mereka nak tunjuk rasa cinta kepada ayahanda selaku Mursyidul Am.

"Mungkin saya dapat undi itu. Nak kira kerja saya berbanding sahabat saya yang lain ini, saya berada di belakang mereka," katanya kepada pemberita di sini Khamis mengulas kemenangannya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata beliau bagaimanapun menerima tanggungjawab yang diberikan itu sebagai amanah yang akan dipikul dengan sebaiknya.

"Soal kelayakkan, saya fikir mereka lebih layak, tapi bila diberikan amanah, saya kena pikul. Saya minta maaf kerana kami terpaksa bersaing sesama sendiri.

"Kami berjaya tunjuk ikatan kami dalam Pemuda ini kukuh walaupun ada persaingan di Timbalan dan Naib.

"Saya akan jadi pembantu yang setia kepada ketua," katanya.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan