M'sia Kini Miliki 32,979 Doktor Dalam Semua Perkhidmatan

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sehingga tahun lepas, terdapat 32,979 doktor yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta di negara ini dengan nisbah seorang bagi 827 penduduk, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman.

"Daripada jumlah itu, 22,429 doktor bekerja dalam sektor awam dan selebihnya swasta," katanya di sini, Khamis.

Menurut beliau, daripada jumlah itu pula seramai 19,429 berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, manakala bakinya dengan pelbagai agensi kerajaan lain seperti universiti awam, Kementerian Pertahanan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelajar Perubatan Malaysia Antarabangsa Ke-3 di Kolej Perubatan Melaka-Manipal, berkata bagaimanapun Sabah dan Sarawak masih menghadapi masalah kekurangan doktor.

"Kita hanya miliki 1,339 doktor kerajaan di Sabah dan 1,254 doktor kerajaan di Sarawak. Selain kekurangan doktor di dua negeri ini, kita juga hadapi masalah kekurangan doktor pakar di seluruh negara," katanya.

Bagi mengatasi masalah itu katanya, kerajaan kini berusaha membawa balik doktor pakar yang bertugas di luar negara selain mengambil pakar doktor asing bekerja secara kontrak.

Pengeluaran doktor khususnya doktor pakar oleh institusi pengajian tinggi tempatan juga dipertingkatkan menerusi pertambahan tempat untuk pengajian peringkat sarjana yang kini ditambah kepada 727 tempat berbanding 600 tempat, tahun lepas, katanya.

"Peningkatan bilangan doktor pelatih amat menggalakkan setiap tahun. Tahun lepas kita lahirkan 3,277 orang, tahun 2009 pula 3,058 dan tahun 2008 kita lahirkan 2,319 orang," katanya.

Mengenai penularan wabak penyakit 'sindrom uremik hemolytik' di negara ini, Dr Hassan berkata buat masa ini pihak tidak menerima laporan mengenai perkara tersebut.

Dalam seminggu ini juga tiada yang datang ke hospital kerajaan kerana mempunyai simptom wabak tersebut iaitu cirit-birit berdarah, katanya.

"Wabak ini boleh dielakkan dengan kurangkan makanan tidak dimasak dan jaga kebersihan diri. Jika mahu makan ulam sayuran kita bersihkan dulu dan jika ke luar negara terutamanya Jerman dan negara Eropah lain kita pastikan makanan bersih terutamanya kalau makanan tidak dimasak seperti salad," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan