Menteri Minta Semua Pihak Hentikan Guna Istilah Bir Halal

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang diharamkan ke atas mereka.

Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara, Jamil berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.

Beliau berkata, Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.

Jamil Khir berkata, sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.

"Di Malaysia kita ada protokol kita sendiri dalam menentukan status halal sesuatu produk, mungkin ia berbeza dengan negara-negara lain tetapi selepas ini kita akan tetapkan mana-mana produk yang diimport dari luar walaupun ada logo halal ia akan tetap dikaji bagi menentukan ia benar-benar halal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Ujian Penilaian Kelas Kafa di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata, Jakim akan berbincang dengan agensi berkaitan untuk memantapkan lagi proses tindakan, penguatkuasaan dan penyeliaan.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi mengambil tindakan terhadap penjual," katanya.

Minggu lepas Jamil Khir menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum minuman yang didakwa oleh pengedarnya sebabagi "halal" sedangkan kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan