MCPF Mahu Mahkamah Jatuhi Hukuman Berat Kepada Penjenayah

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan kehakiman perlu menjatuhi hukuman berat terhadap penjenayah sebagai satu cara memberi kesedaran kepada pelaku jenayah di negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya kebanyakan penjenayah mengulangi kesalahan mereka kerana terdapat hakim yang menjatuhi hukuman ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Badan kehakiman perlu mengkaji semula peranannya dari segi mengenakan hukuman berat yang berbentuk pencegahan untuk mereka yang disabit dengan kesalahan berat," katanya semasa merasmikan Forum ke-7 "Crime and Policing in Malaysia" di sini Khamis.

Beliau berkata salah satu sebab peningkatan kes juvana adalah kerana golongan remaja itu tidak ada kesedaran dengan kesalahan mereka.

Lee berkata MCPF akan melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah bertemakan "Remaja Memerangi Jenayah" di Melaka pada 23 Julai dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan