Penjawat Awam Perlu Amal Budaya Inovasi - PM

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga kriteria yang perlu diamalkan oleh agensi perkhidmatan awam supaya dilihat lebih berinovasi dan memberi impak kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata tiga kriteria berkenaan membabitkan sesuatu tindakan yang boleh membawa impak besar kepada negara, menjimatkan wang serta boleh memendekkan tempoh pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan awam.

"Berdasarkan kepada trend yang saya lihat dalam perkhidmatan awam, saya yakin dan optimis, budaya inovasi boleh diamalkan dan diarusperdanakan. Jika ia menjadi kenyataan, berbaloi kita mengadakan anugerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapa menteri kabinet.

Najib berkata inovasi bukan milik eksklusif para saintis dan teknologis semata-mata sebaliknya ia juga boleh diguna pakai oleh kakitangan awam.

Perdana Menteri berkata sebagai ahli politik dan pentadbir, beliau sendiri mengambil pendekatan inovatif yang sekaligus dapat memberi impak yang besar dan menjimatkan kos.

Dengan memberi contoh tinjauan mesra yang diamalkan oleh beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri sebagai pendekatan inovatif, Najib berkata ia bukan sahaja memberi kesan yang besar kerana dapat berjumpa seramai mungkin penduduk setempat malah ia menjimatkan kos kerana tidak perlu membelanjakan wang untuk makanan dan menyewa dewan.

Selain itu, Najib berkata perjumpaannya dengan rakan on-line juga merupakan satu lagi pendekatan inovatif yang diamalkannya bagi mendekati rakyat.

"Dunia sudah berubah dan Malaysia juga berubah. Sebagai pemimpin, kita juga perlu berubah atau kita tidak lagi dianggap relevan," katanya.

Najib berkata kakitangan awam juga perlu mengubah pemikiran mereka dan menjadikan budaya inovasi sebagai amalan mereka.

Beliau berkata jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara yang kompetitif, mereka perlu inovatif.

Sementara itu, kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM)- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkasakan keselamatan dan pertahanan negara memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010.

Anugerah itu membolehkan PDRM-ATM membawa pulang wang tunai RM1 juta, piala iringan dan piala.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, masing-masing menerima anugerah tersebut daripada Najib. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan