MT Umno Turun Padang Kumpul Maklum Balas

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno akan turun padang ke negeri-negeri di bawah tanggungjawab masing-masing mulai bulan depan bagi mengumpul maklumat mengenai persiapan masing-masing menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata mereka juga akan membantu usaha parti mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok.

Persiapan untuk pilihan raya termasuk penubuhan bilik gerakan dan jawatankuasa pilihan raya, katanya kepada pemberita selepas menerima borang keahlian menyertai Umno daripada 64 bekas ahli DAP Kampung Lembah Kinrara, Puchong Jaya, Puchong.

"Ahli-ahli Majlis Tertinggi ini merupakan bapa angkat (program Juara Rakyat Umno), mereka bertanggungjawab terhadap tiga hingga lima bahagian Umno setiap seorang," kata Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat MT Umno pada Jumaat lepas memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang diadakan pertengahan tahun ini.

Ahmad berkata pilihan raya olok-olok itu dijangka mengambil masa dua bulan, dan kesemua bapa angkat diwajibkan menyerahkan hasil laporan pilihan raya berkenaan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah ditugaskan untuk mengetuai pilihan raya olok-olok itu yang pernah diadakan dua kali sebelum ini iaitu sebelum pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Pilihan raya olok-olok ini merupakan salah satu strategi Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan