Tentera Laut Amerika Adakan Dialog Perjelas Kehadiran Di Laut China Selatan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak tentera laut Amerika bercadang mengadakan dialog secara tidak rasmi dengan negara-negara yang menuntut kawasan Laut China Selatan bagi menjelaskan tujuan kehadiran mereka di kawasan itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata dialog itu penting bagi menjelaskan kepada mereka bahawa kehadiran tentera laut Amerika itu hanyalah sekadar untuk mewujudkan kestabilan sumber alam khususnya yang berkaitan dengan hidrokarbon.

"Kehadiran mereka juga penting bagi memastikan ia (sumber alam) dapat dikongsi bersama dan digunakan bagi memajukan negara-negara yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas dikunjungan Pegawai Memerintah Pasukan Tentera Laut Pasifik Amerika Syarikat, Laksmana Robert Williard, di Kementerian Pertahanan di sini Selasa.

Zahid berkata dialog itu juga tidak akan menimbulkan sebarang konflik dalam kalangan negara-negara yang menuntut kawasan-kawasan bertindih itu.

"Mereka (Amerika) ingin menjelaskan bahawa kehadiran mereka adalah untuk menjaga kawasan ini walaupun ia bukan merupakan satu perjanjian antarabangsa secara rasmi.

"Dialog itu juga penting agar isu kehadiran tentera laut Amerika di kawasan Laut China Selatan itu nanti tidak akan digunakan sebagai punca kepada krisis tuntutan terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai sumber alam dan masa depan yang cukup baik itu," katanya.

Antara kawasan di Laut China Selatan yang menjadi rebutan ialah kepulauan Spratly yang dituntut oleh Vietnam, China, Malaysia, Filipina dan Brunei. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan