SPRM Gugur Dakwaan Rasuah Peguam Negara Dan Robert Phang

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghapuskan tuduhan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan wujud unsur rasuah dalam urusan haji ke Mekah bersama keluarganya.

SPRM turut membersihkan dakwaan keatas bekas anggota panel suruhanjaya itu, Tan Sri Robert Phang yang dikatakan cuba memberi sogokan kepada Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya menggugurkan tuduhan-tuduhan berkenaan ekoran tiada bukti lengkap untuk mengaitkan mereka terlibat dengan rasuah.

Sebelum ini beberapa portal berita dan blog menyiarkan gambar Abdul gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Abdul Gani dibidas ekoran timbul dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

pelbagai pihak mendakwa, Shahidan cuba memujuk Abdul Gani supaya tidak membuat pendakwaan terhadap Tajudin.

MAS pernah mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika syarikat tersebut diterajui oleh Tajuddin dalam tempoh di antara 1994 dan 2001.

Kerugian utama yang direkodkan membabitkan penempatan semula operasi kargo MAS di Amsterdam dan Frankfrut sebagai hab tunggal di Hahn, Jerman.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan