Rancangan Komedi Perbetul Penggunaan Bahasa Melayu - Rais

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah rancangan televisyen mirip siri popular 'Mind You Language' yang bertujuan memperbetulkan penggunaan bahasa kebangsaan akan diterbitkan menjelang sambutan kemerdekaan negara Ogos ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rancangan berbentuk komedi ringan terbitan bersama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dengan pihak swasta itu, akan menjadikan penggunaan istilah-istilah yang tidak betul sebagai satu komedi dan asas kepada penceritaan.

Katanya penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul dalam rancangan selama 15 minit yang menampilkan pelakon dari semua kaum itu akan diperbetulkan menjelang akhir rancangan, seperti mana rancangan 'Mind You Language' yang pernah diterbitkan oleh stesen BBC.

"Kita hendak jadikan ia sebagai program humor, tidak berat, di mana mereka yang menggunakan istilah-istilah yang tidak betul dijadikan sebagai sesuatu yang komedi yang pada akhirnya pembetulan terhadap kesalahan itu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar dan melancarkan Persatuan Editor Malaysia (PEM) di Seri Kembangan, dekat sini, Selasa. Rais berkata bagi menarik perhatian penonton, pihaknya sedang berusaha mencari judul sesuai yang mempunyai ciri-ciri jenaka bagi program itu.

Katanya, program itu juga akan ke udara melalui siaran di radio.

Mengenai satu perkara lain, Rais menyeru pemilik penerbitan atau akhbar untuk memberi ruang kepada penulisan cerpen dan sajak disiarkan secara kerap supaya karya kreatif itu dapat digemilangkan seperti di tahun 1950-an.

Katanya kesukaran mendapat tempat menyebabkan karya yang merupakan "bunga-bunga sastera dalam kehidupan manusia" seakan-akan lesu sedangkan sesuatu cerpen atau sajak yang baik boleh mendatangkan keuntungan.

Mengenai PEM, Rais berkata, kewujudan persatuan itu adalah sesuatu yang dibanggakan dan diharap dapat menjelmakan beberapa peranan antaranya meningkatkan profesionalisme editor di negara ini.

Beliau berkata, sebagai orang tengah, editor berperanan untuk menapis bahan yang disalurkan kepada khalayak di mana mereka yang dianggap sebagai penjaga pintu gerbang itu berkuasa menentukan mesej yang bakal disalurkan harus selaras dengan nilai-nilai murni yang memberi manfaat kepada khalayaknya.

Rais berkata kementerian akan bekerjasama dengan persatuan itu untuk menjalankan beberapa program seperti pertandingan menulis sajak dan cerpen serta program pembudayaan bahasa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan