Pertemuan Pakar IAEA Dengan Wakil Pelbagai Pihak Dicemari Kekecohan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pertemuan beberapa wakil parti politik dan badan bukan kerajaan dengan panel pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung isu pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia hari ini berjalan lancar walaupun berlaku sedikit kekecohan.

Panel terbabit yang terdiri daripada ahli profesional pelbagai bidang dari Kanada, Finland, India, Itali, Belanda dan United Kingdom antaranya menemui wakil Majlis Peguam Pahang, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah dari Pas, Syed Mohammad Tuan Lonik dan Adun Semambu dari Barisan Nasional (BN) Datuk Pang Tsu Ming di sebuah hotel terkemuka di sini.

Namun, berlaku sedikit kekecohan apabila sekumpulan lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan Syed Mohammad yang mengadakan sidang akhbar di luar lobi hotel tersebut selepas pertemuan itu sehingga memaksa polis mengiringi wakil rakyat tersebut ke kenderaannya bagi mengelak dikasari.

Kumpulan lelaki terbabit juga cuba merampas kamera dua wartawan akhbar berbahasa Cina yang merakam kekecohan itu.

Salah seorang wartawan terbabit, Lee Siew Ting berkata kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana beliau hanya menjalankan tugas. "Kami bertugas secara profesional dan mereka sepatutnya menghormati tugas pemberita," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wakil daripada kumpulan lelaki terbabit kemudian tampil meminta maaf atas kejadian tersebut dan mengakui ia tidak sepatutnya berlaku.

"Mereka mungkin sedang marah ketika itu dan hilang pertimbangan sehingga boleh bertindak demikian," kata salah seorang wakil yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner (ACP) Mohd Jasmani Yusoff berkata beliau telah memberi amaran terakhir kepada kumpulan penyokong dan anti projek Lynas supaya tidak lagi mencetuskan kekecohan seperti itu.

Katanya polis sentiasa bersiap sedia dengan menempatkan anggota sepanjang masa termasuk anggota Cawangan Khas dan Pasukan Penggempur Ringan (LSF) bagi memantau serta mengawal keadaan ketika panel IAEA menjalankan tugas.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan Malaysia telah menjemput panel pakar dari IAEA tersebut untuk menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan