Pantau Peniaga Supaya Tidak Naik Harga - Persatuan Pengguna

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan pengguna di menggesa kerajaan supaya memantau segelintir peniaga yang menaikkan harga produk mereka sewenang-wenangnya ekoran penyelarasan kadar tarif elektrik terhadap pengguna domestik berkuat kuasa Rabu ini.

Bendahari Agung Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab para peniaga terbabit akan menggagalkan usaha kerajaan merasionalisasikan subsidi dan kenaikan tarif elektrik.

Katanya, kenaikan harga barangan juga akan membebankan sebanyak 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka menggunakan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.

"Kenaikan kadar tarif elektrik adalah wajar kerana bantuan subsidi kena pada golongan sasaran.

"Bagaimanapun, para pengguna mengalami implikasi kenaikan tarif tersebut apabila peniaga meletakkan harga keterlaluan," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Kerajaan pada Isnin memutuskan untuk menaikkan tarif elektrik dan harga gas asli sebagai sebahagian daripada rancangan perasionalan subsidi.

Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Bhd menaikkan kadar sebanyak 2.23 sen kWj berkuat kuasa 1 Jun, kenaikan pertama sejak 2008 apabila tarif dinaikkan sebanyak 24 peratus.

Harga gas asli pula akan naik RM3 setiap juta unit termal British setiap enam bulan sehingga 2015, yang akan mengurangkan kos subsidi gas kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Menurut Mohd Yusof, kajian Fomca mendapati pengguna masih boleh menjimatkan penggunaan elektrik dengan menggunakan peralatan yang jimat elektrik.

"Kadang-kala mereka letak peralatan elektrik dalam standby-mode. Bila dalam keadaan itu, elektrik masih mengalir. Orang ramai kena ubah cara pengendalian barangan elektrik mereka," jelas beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George yang turut membuat gesaan sama terhadap kerajaan berkata, pihak industri dan peniaga akan mengagihkan peningkatan kos tarif elektrik kepada pengguna.

Katanya, lebih 400 maklum balas pengguna diterima setakat ini menyifatkan langkah menaikkan tarif elektrik itu tidak akan memberi kesan kepada sebahagian besar pengguna domestik sebagai tidak tepat.

"Semua orang pergi kedai-kedai runcit serta mamak. Bila pesan roti canai atau beli barangan, segelintir pemilik akan terus mengenakan bayaran yang lebih tinggi tanpa mengira latar belakang mereka," jelasnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan