Muhyiddin Saran Golongan Korporat Semarakkan Budaya Kerja Amal

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat, khususnya ahli korporat disaran menyemarakkan lagi semangat untuk melakukan kerja amal dengan menghulurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di negara ini hasrat itu amat mudah untuk dilakukan kerana pelbagai program kebajikan digerakkan oleh badan-badan amal yang memudahkan pihak yang ingin menyumbang berbuat demikian.

"Sumbangan itu akan membolehkan nasib golongan yang memerlukan, dibela dan mampu hidup lebih selesa seperti mana yang dinikmati golongan berkemampuan yang lain," kata Muhyiddin yang merupakan pengasas Kelab Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMCG) pada majlis makan malam amal penghargaan TSMCG di sini.

"Di Malaysia nampak semangat untuk berkorban dan memberi bantuan dapat dilihat dalam masyarakat kita. Kita merasa bertuah di Malaysia ini kerana dapat menggerakkan program-program kebajikan yang akan memberi manfaat kepada banyak pihak dan saya yakin ia akan terus bersemarak dalam jiwa rakyat," katanya.

Pada majls itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM160,000 daripada kelab berkenaan untuk diagihkan kepada rumah anak yatim, pelajar miskin, anak-anak nelayan dan mangsa kebakaran.

Hadir sama ialah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Presiden TSMCG Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Muhyiddin berkata beliau merasa cukup bangga atas keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti yang berlaku semasa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat pada Sabtu lepas yang mengorbankan 16 nyawa yang kebanyakan kanak-kanak.

Muhyiddin yang merupakan antara yang terawal meninjau ke lokasi tragedi pada hari kejadian itu berkata, banyak pihak telah secara spontan tampil menghulurkan sumbangan sejurus kejadian itu diketahui.

"Ini satu tragedi, tetapi di sebalik tragedi itu jelas lahir niat untuk menolong di kalangan rakyat tanpa mengira apa-apa kaum," katanya.

Muhyiddin berkata sebagai tanda keprihatinan kepada pihak yang memerlukan, TSMCG juga sedang membina pusat dialisis yang dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Charity bertempat di Tasik Titiwangsa yang dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya pusat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma itu akan turut dibuka di Putrajaya dan di kawasan parlimen beliau, iaitu di Pagoh, Johor.

Bagaimanapun katanya sebagai sebuah badan bukan kerajaan, TSMCG memerlukan sokongan padu para dermawan dan penaja bagi membolehkannya terus melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan berbakti kepada segenap lapisan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan