MAIJ Dedah Bir 'Halal' Selasa - Pengarah JAIJ

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan mendedahkan jenama bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya tetapi didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak pada Selasa.

Ujian makmal oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini mendapati kandungan alkohol bir halal itu adalah sebanyak 0.5 peratus.

Ia jauh melebihi 0.01 peratus yang dibenarkan syariat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam makanan serta minuman. Jumlah alkohol dengan kuantiti itu, menurut ulama, boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, pihaknya menyerahkan kepada MAIJ untuk mendedahkan jenama berkenaan yang selama mengelirukan umat Islam.

"Minta maaf. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa. Biarlah Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Othman mendedahkan apa-apa esok (Selasa)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Zainal Abidin juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu difahamkan banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

Ekoran penemuan tersebut, JAIJ kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, Jakim bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

Tambahnya, pihaknya turut akan merujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan