Empat Kontena Durian Ke China Sebagai Permulaan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mula menghantar empat kontena isi durian sejuk beku bernilai RM1 juta ke China Julai ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata penghantaran itu berupa susulan daripada kelulusan yang telah diterima daripada China baru-baru ini dan selepas ini penghantaran akan dibuat secara mingguan.

"Susulan kelulusan itu juga, Malaysia turut dijemput untuk membuat ekspo buah-buahan dan makanan tempatan di Beijing. Peluang ini akan digunakan untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas untuk buah-buahan tempatan yang lain seperti dragon fruit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Dipacu Pasaran Dalam Sektor Agro-Makanan di sini Selasa.

Noh berkata menerusi eksport tersebut ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan lambakan buah itu di pasaran tempatan selain mewujudkan harga pasaran yang lebih kompetitif.

Durian yang dieksport ke China adalah dari tiga buah negeri iaitu Perak, Johor dan Pahang.

"Selain durian, manggis dan rambutan juga sudah dieksport ke negara itu.

Korea juga sudah membenarkan kemasukan buah durian dan pihaknya sedang berunding mengenai perkara itu," katanya.

Mengenai seminar yang julung kali diadakan itu, Noh berkata ia bertujuan untuk memastikan keluaran hasil pertanian dapat memenuhi kehendak pasaran sekaligus dapat membantu usahawan tani meningkatkan hasil pendapatan mereka.

"Amat perlu bagi para usahawan untuk mengenal pasti kehendak pengguna yang sentiasa berubah dari hari ke hari dan melengkapkan diri dengan ilmu berkenaan mengikut trend pasaran terkini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan