Rais Tegur Penggiat Seni Tidak Hargai Hari Seniman 2011

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan Isnin.

Beliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) termasuk menyediakan kertas kerja untuk memastikan kerajaan mengiktraf sambutan Hari Seniman yang disambut pada 29 Mei setiap tahun bermula 2005.

Tarikh berkenaan dipilih bagi memperingati tarikh pemergian Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, katanya.

"Teguran ini ikhlas sebab kami bersusah payah mewujudkan Hari Seniman ini. Kita sudah bantu lebih RM100 juta kepada semua pengamal seni tapi kehadiran dan kesanggupan yang ditunjukkan oleh mereka jauh berbeza dari yang disangkakan.

"Semangat ini harus dianalisis dan teguran ini diberitahu secara ikhlas kerana kalau tidak pelakon, atau pengamal dan penggiat seni yang merancakkan Hari Seniman, siapa lagi?" katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini.

Dalam pada itu, Rais berharap sambutan Hari Seniman pada tahun-tahun akan datang lebih mencerminkan konsep 1Malaysia serta melibatkan gabungan tenaga lama dan baru selain meluaskan kepada cabang seni yang lain termasuk penulisan kreatif, lakonan, lawak, nyanyian, reka bentuk, ukiran, seni halus dan seni tampak.

"Hal ini penting kerana seni berupaya menyatukan masyarakat. Ia mempunyai bahasa sendiri, pendekatan sendiri dan nilai sendiri yang politik tidak boleh masuk dan cantuman sentimen lain pun tidak dapat masuk," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta semua agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Filem Nasional (Finas), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) memainkan peranan memelihara kreativiti seni dan budaya serta warisan tampak di mata masyarakat dan dunia.

Program Sepetang Bersama Seniman adalah satu pertemuan bersifat santai yang bertujuan untuk mendekati golongan seniman dengan lebih rapat di samping meningkatkan kesedaran dan penghayatan masyarakat terhadap peranan warga seni.

Selain itu, sebanyak 25 aktiviti berbentuk seni dan budaya akan diadakan sempena sambutan Hari Seniman yang akan dilaksanakan oleh persatuan-persatuan seni budaya bersama agensi di bawah kementerian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan