Panel IAEA Mengenai Kilang Lynas Memulakan Tugas

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panel pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang memproses nadir bumi di Lynas di Gebeng, Pahang, telah memulakan tugas mereka pada Ahad selepas mendengar taklimat daripada pegawai teknikal Malaysia.

Ketua panel Dr Tero Varjoranta berkata mereka akan menyemak semula aspek keselamatan radiasi pada kemudahan itu selaras dengan amalan baik antarabangsa berkaitan dengan standard keselamatan radiasi. Panel itu akan menyediakan laporan penilaian keopada kerajaan Malaysia, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Misi tersebut berupa teknikal dan tidak mempunyai mandat...oleh itu panel tidak akan terlibat dalam perbincangan berunsur dasar," tegasnya.

Dr Varjoranta menjelaskan kerja panel itu tertumpu kepada pengumpulan maklumat dan menerima hujahan dari pihak-pihak berkepentingan serta orang awam.

Katanya adalah merupakan amalan standard bagi misi IAEA seperti itu mendapatkan maklumat dalam sesi tertutup dan bukan dalam mesyuarat terbuka seperti dalam dewan.

Panel itu datang ke negara ini atas jemputan kerajaan Malaysia.

Selain Dr Varjoranta, anggota panel lain terdiri daripada sembilan ahli profesional pelbagai bidang dari Kanada, Finland, India, Itali, Belanda, United Kingdom dan IAEA yang berpangkalan di Vienna.

Empat daripada mereka adalah dari IAEA dan lima lain merupakan perunding dari negara anggota.

Semasa berada di negara ini, panel tersebut akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan, pekerja Lynas, penduduk setempat dan orang awam. Mereka juga akan melawat tapak projek.

Panel itu akan menyiapkan tugas mereka di Malaysia pada 3 Jun ini dan dijangka mengemukakan hasil penilaian dan cadangan kepada kerajaan menjelang akhir Jun.

Syarikat Lynas Corporation Ltd of Australia, pemilik kilang itu, merancang untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya di Gebeng menjelang September ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan