Muhyiddin Sambut Baik Komitmen Thailand Dan Kemboja Selesai Isu Sempadan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik komitmen Thailand dan Kemboja untuk menyelesaikan perbalahan mengenai sempadan kedua-dua negara itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun pada mulanya terdapat kesulitan, namun dalam semangat Asean yang sebenar, kedua-dua negara bersetuju merujuk pertikaian itu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

"Beberapa bulan yang lepas ini merupakan tempoh mencabar kepada Asean. Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja mencetuskan kebimbangan di rantau ini," katanya dalam ucap utama pada persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-25 di sini Isnin.

Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah turut hadir pada perbincangan itu yang dianjurkan oleh Asean-Institutes of Strategic and International Studies (Asean-Isis).

Muhyiddin berkata usaha mencari penyelesaian menerusi cara yang aman merupakan satu daripada kekuatan Asean seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) kumpulan negara serantau itu.

"Walaupun kekerasan nampaknya boleh digunakan, negara-negara anggota Asean telah berusaha mencari jalan aman dan berpegang kepada TAC. Kita harus mengukuhkan komitmen kita kepada tradisi ini.

"Jika negara-negara anggota Asean memandang ringan TAC, bagaimanakah kita hendak mengharapkan pihak lain yang menandatangani perjanjian itu seperti China, India, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat berbuat demikian.

"Kita perlu menunjukkan teladan supaya negara-negara ini juga berpegang kepada janji untuk tidak mengunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian," kata Muhyiddin.

Katanya beliau gembira kerana dalam isu di Laut China Selatan, China menunjukkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Asean bagi mewujudkan satu kod etika (COC).

"Satu COC yang mengikat dan berkesan akan membantu menjamin kestabilan di Laut China Selatan.

"Tidak ada bukti yang lebih jelas mengenai hubungan baik antara Asean dan China daripada mencari penyelesaian secara aman dan cepat kepada tuntutan bertindih kita di Laut China Selatan," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 terjalinnya dialog antara kedua-dua pihak itu, dan sejak itu, hubungan menjadi lebat erat sehingga rantau ini menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi China yang menakjubkan.

"Ada pihak bimbang dengan kemajuan pesat China tetapi, daripada membuat andaian mengenai niat dan rancangan Beijing untuk rantau ini, lebih baik bagi kita mengiktiraf perubahan strategik yang perlu dilakukan bagi menyesuaikan diri dengan kemunculan China sebagai satu kuasa besar," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin peranan utama Asean dalam menjamin wujudnya kerjasama serantau akan terus berkembang, lebih-lebih lagi ketika tumpuan dunia semakin beralih ke Asia.

Katanya satu lagi ukuran dalam kemajuan Asean akan berlaku dalam masa empat setengah tahun lagi dengan pembinaan rangkaian lebuh raya Asean dan hubungan kereta api Singapura-Kunming yang akan menyebabkan bertambahnya perdagangan antara negara-negara serantau.

"Ia merupakan satu kemajuan yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan integrasi Asia Tenggara," kata Muhyiddin. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan