MIC Bersiap Sedia Hadapi PRU 13

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: MIC sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan akan bekerja keras untuk merampas kembali kerusinya yang tewas pada pilihan raya 2008.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata anggota parti itu dari pelbagai sayap mula turun padang di seluruh negara bagi membantu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"MIC akan bekerja keras supaya beroleh kejayaan yang kita harapkan. Walaupun jentera BN sudah kuat, namun kita perlu memperhebatkan lagi usaha kerana kita tidak tahu apakah strategi mereka (pembangkang).

"MIC juga telah turun padang dan pemimpinnya hanya fokus untuk membantu rakyat," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan semua parti komponen BN bersedia menghadapi PRU 13 serta memperkemas jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

Palanivel berkata keyakinan pengundi di kalangan masyarakat India terhadap MIC juga dilihat semakin meningkat di seluruh negara, dan ini merupakan petanda baik bagi parti itu.

"Berpandukan kepada kehadiran anggota dan penyokong parti MIC di sini hari ini, jelas mempamerkan semakin ramai warga berketurunan India beralih haluan menyokong kepimpinan MIC.

"Malah di setiap majlis MIC yang saya hadiri, boleh dilihat mereka yang datang semakin meningkat, dan merupakan petanda baik bagi BN untuk menawan semula kerusi yang kalah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan