Cable Car Langkawi Tawar Caj Separuh Harga Untuk Rakyat Tempatan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Cable Car Langkawi menawarkan caj separuh harga untuk rakyat tempatan bagi tempoh dua jam setiap hari sepanjang cuti sekolah ini.

Ketua Khidmat Pelanggan Cable Car Wildan Sober berkata promosi separuh harga itu ditawarkan dari pukul 5 petang hingga 7 malam.

"Harga biasa dikenakan RM30 untuk dewasa manakala kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun sebanyak RM20," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Sober berkata kira-kira 4,000 pelancong dari dalam dan luar negara menaiki kereta kabel itu setiap hari bagi menikmati panorama Langkawi.

"Sambutan pada musim cuti persekolahan ini amat menggalakkan," katanya.

Perkhidmatan kereta kabel yang merangkumi jarak 2.2 km itu beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 7 malam setiap hari. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan