Umno Perlu Selesai Masalah Dalaman - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Setiap bahagian Umno diminta menyelesaikan dahulu segala masalah dalaman sebelum menghadapi pilihan raya umum bagi meyakinkan rakyat membuat pilihan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat mahu melihat tiada sebarang permasalahan dalaman parti sebelum mereka membuat pilihan kerana parti yang bermasalah sudah tentu akan ditolak rakyat.

"Sebab itu Umno perlu bersedia terutama di Kelantan kerana kita perlu meyakinkan rakyat dan menunjukkan contoh akan perpaduan dalam parti.

"Pilihan raya umum sudah hampir dan jentera Umno di Kelantan perlu lebih mantap dan kena bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Krai di sini, Sabtu.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata rakyat perlu diyakinkan yang Umno telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara selama ini.

"Di Kelantan banyak jasa Umno dan kerajaan Barisan Nasional seperti mewujudkan Yayasan Darul Naim dan pemberian wang ihsan untuk rakyatnya yang sangat memerlukan," katanya.

Beliau berkata banyak kepincangan PAS selama tempoh 21 tahun parti itu memerintah Kelantan yang kini menimbulkan kemarahan rakyat, antaranya adalah isu Ladang Rakyat sehingga menyebabkan kemarahan masyarakat Orang Asli apabila tanah adat mereka dirampas.

"Isu Bazar Tok Guru turut menimbulkan kemarahan rakyat dan peniaga apabila janji kerajaan PAS tidak ditunaikan kepada mereka," katanya dan untuk itu, anggota Umno perlu turun bertemu rakyat bagi menerangkan kegagalan dan kelemahan kerajaan PAS. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan