Uda Holding Perlu Sedia Laporan Bukit Bintang City Centre

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassi meminta Uda Holdings Bhd menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar isu projek pembangunan semula kawasan Penjara Pudu yang dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Katanya, laporan itu akan dimaklumkan kepada kabinet mengenai kedudukan sebenar memandangkan telah berlaku polemik antara syarikat milik Kementerian Kewangan itu dengan beberapa pemimpin politik yang mendakwa kononnya UDA tidak ikhlas dalam membantu Bumiputera.

"Kita harus bersikap telus lebih lagi UDA sebagai satu agensi kerajaan (yang diberi projek) membangunkan tanah dan tapak yang disediakan di Pudu itu,", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, Ahad.

Kemelut projek pembangunan bekas tapak Penjara Pudu itu timbul apabila pengurusan UDA Holdings Bhd didakwa berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah dari China bagi memajukan projek berkenaan atas alasan tiada syarikat Bumiputera yang layak.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed dicabar mendedahkan segera 11 syarikat yang berminat untuk melabur dalam projek pembangunan semula kawasan Penjara Pudu yang dianggarkan bernilai RM6.7 bilion.

Muhyiddin berkata, UDA yang dimiliki Kementerian Kewangan itu perlu menyediakan laporan lengkap agar kerajaan dapat mencari satu penyelesaian dan menamatkan polemik itu daripada berterusan.

"Apa yang penting ialah kita kena tahu apakah sistem dan cara pemilihan syarikat itu dianggap mengikut peraturan, tidak bertentangan (dengan dasar) dan syarikat (Bumiputera) telah diberi peluang yang seluas-luasnya untuk bida secara yang ditetapkan oleh peraturan," kata beliau.

Katanya, setelah memperolehi laporan itu kelak, beliau yakin masalah tersebut dapat diselesaikan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan