Syabas Beri Kelonggaran Bayar Bil Air

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan memberi kelonggaran kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan golongan tidak berkemampuan dari membayar bil air sepanjang tahun, kata Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau berkata kakitangan Syabas telah diarahkan turun padang untuk membuat tinjauan dan mencari golongan susah tanpa mengira latar belakang kaum untuk mendapat kelonggaran tersebut.

"Kadang-kadang kita potong bil mereka, kita ingat mereka saja tidak mahu bayar. Sesetengah orang memang susah hendak bayar sebab masalah anak ramai atau pada masa itu dia tidak kerja, kalau kita potong saja ia akan susahkan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil pelantikan dan penghargaan kepada ketua-ketua komuniti Yayasan Nammavar Malaysia, di sini, Ahad.

Rozali berkata keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai PULA akan diberi keutamaan dalam pemberian air percuma kerana keluarga ini perlu membiayai pendidikan anak-anak mereka.

"Kalau mereka tidak mampu membayar bil air, kita akan memberi secara percuma dan wang dari itu mereka boleh gunakan untuk keperluan anak-anak mereka," katanya.

Beliau juga berkata pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan air yang dipotong hanya bagi golongan yang berkemampuan untuk membayar dan bukan golongan yang tidak berkemampuan.

"Bila ada kelonggaran ini, gunakanlah air dengan cermat, jangan membazir kerana air pada masa kini sangat tinggi nilainya," katanya.

Syabas menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Yayasan Nammavar ditubuhkan pada tahun 2009 bagi membantu dan memajukan kaum India di Malaysia dan mempunyai lebih 800,000 ahli di seluruh Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan