Projek Rumah Kualiti Mampu Milik Dilaksana Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Projek rumah kualiti mampu milik yang dilaksanakan oleh kerajaan akan diperluaskan ke seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk projek perumahan itu sebagai salah satu program pembangunan sosial oleh kerajaan pusat mulai tahun ini.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memperluaskan projek perumahan rakyat itu ke seluruh negara jika mempunyai tapak yang sesuai dan dimajukan oleh syarikat swasta.

"Sebagai contoh di Pulau Pinang, kerajaan negeri itu dilihat tidak ada projek untuk membantu masalah perumahan rakyat dan kerajaan pusat bersedia membina rumah mampu milik jika terdapat tapak yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, Ahad.

Najib baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melancarkan program rumah kualiti mampu milik di bawah Skim Rumah Pertamaku berharga RM220,000 ke bawah bagi membolehkan lebih ramai golongan muda memiliki rumah pada Jun atau Julai ini.

Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.

Muhyiddin berkata projek rumah mampu milik itu adalah untuk rakyat golongan sederhana yang belum memiliki rumah.

Pada perkembangan berkaitan, Muhyiddin juga berkata kerajaan akan mewujudkan satu dana khas bagi membantu pengurusan rumah pangsa ekoran sebahagian besar daripada rumah-rumah pangsa di negara ini didapati tidak diurus dengan baik.

"Kemudahan-kemudahan seperti lif tidak dijaga dengan baik kerana masalah perbadanan pengurusan dan tiada kerjasama penghuni. Oleh itu, kerajaan mewujudkan dana untuk mengatasi masalah-masalah rakyat yang telah dikenal pasti," kata beliau.

Katanya, bantuan ini adalah sebagai usaha kerajaan persekutuan membantu rakyat walaupun di sesetengah negeri seperti di Pulau Pinang, Barisan Nasional (BN) adalah parti pembangkang.

Mengenai pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang di negara ini, Muhyiddin berkata ia bukan masalah berterusan, tetapi kekeliruan yang berlaku mungkin disebabkan penjelasan yang tidak cukup.

"Pada tahun lepas, kita memberi biasiswa kepada semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan semua A, tetapi bukannya menjanjikan mereka peluang untuk belajar ke luar negara.

Ini adalah kerana kita mahu mengalakkan pelajar cemerlang belajar di dalam negara termasuklah dalam perubatan," katanya.

Beliau berkata kursus-kursus anjuran universiti tempatan termasuk bidang perubatan adalah setanding dengan universiti di luar negara dan adalah lebih menjimatkan jika pelajar diberi peluang mengikuti kursus itu di dalam negara bagi mengekalkan tenaga bakat tempatan berada dalam negara.

"Kalau kita boleh menyediakan kursus-kursus itu, kita boleh menampung lebih ramai pelajar kerana kos pengajian ke luar negara adalah lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah diarahkan untuk menyelesaikan sebarang isu biasiswa yang timbul dan satu mesyuarat mengenainya akan diadakan dalam sehari dua lagi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan