Tony Fernandes Tersenarai 100 Individu Paling Kreatif

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Seri Tony Fernandes, dipilih sebagai salah seorang daripada 100 individu paling kreatif dalam bidang perniagaan pada tahun 2011 oleh majalah bisnes New York, Fast Company pada edisi bulan Jun.

Fernandes yang juga Pengasas Tune Group dan Prinsipal pasukan Lotus Racing, merupakan calon tunggal dari Malaysia dan Asia Tenggara yang disenaraikan.

Menurutnya, dikenali sebagai individu paling kreatif di dunia dalam bidang perniagaan adalah satu penghormatan kepadanya dan teman sekerja di Air Asia, Pasukan Lotus dan Tune Group.

“Ia menunjukkan organisasi atau pertubuhan yang anda sertai itu memerlukan kemahiran kreativiti, imaginasi, inovasi serta tahap kepintaran yang tinggi.

“Saya seorang yang suka berkhayal dan bila anda dapat menyakinkan orang lain mengenai impian anda, anda pasti akan berusaha untuk mencari semangat yang kreatif untuk mengajak semua orang turut bersama-sama anda,” katanya.

Majalah Fast Company melihat Fernandes sebagai seorang usahawan yang mempunyai cita-cita membantu golongan berkemampuan.

Sejak mengemudi penerbangan tambang murah, AirAsia pada 2001, ushawan Malaysia ini telah membuktikan keupayaannya apabila telah berjaya membawa 100 juta penumpang ke destinasi yang kurang diberi tumpuan seperti dari Paris ke Phnom Penh.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah menggunakan jaringan trafik AirAsia untuk memulakan beberapa bisnes yang menguntung seperti; Tune Hotel (hotel lima bintang pada harga satu bintang), Tune Talk (talian prabayar), Tune Money (insurans, kad Visa), serta Tune Tone (muzik dan filem).

Pengarang Majalah Fast Company berkata kreativiti tidak dapat dapat di duga dan banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk menjadi individu yang kreatif.

“Di Fast Company kami cuba menyediakan jalan untuk mengatasi ketakutan untuk bergelar individu yang kreatif. Oleh itu kami menyediakan senarai, Individu Paling Kreatif.

“Kami juga menetapkan satu garis panduan sebelum senarai ini dikeluarkan setiap tahun. Tiada ulangan daripada tahun lalu, tiada ulangan senarai penerima daripada calon tahun lalu dalam profail yang dikeluarkan oleh Fast Company dan setiap tahun kami menerima ratusan calon-calon baru yang bagus,” katanya.

Mendahului senarai penerima anugerah, Ketua Pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar, kedua Naib Presiden perisian Iphone, Apple, Scott Forstall, ketiga Pemodal Kapital Rusia, Yuri Milner, keempat, Pengerusi lawan sosial Twitter, Jack Dorsey, kelima Penyelidik Kajian di Google, Sebastian Thrun.

Fernandes berada di tangga ke-52 sementara personaliti televisyen, Oprah Winfrey dia tangga ke-12, Chris Cox (21), blogger China Han Han (25), penyanyi Bruno Mars (48), penerbit Ryan Seacrest (72), Ketua Inovasi CNN, David Bohrman (86),

Maklumat lanjut mengenai 100 individu paling kreatif turut dipaparkan di laman web, www.fastcompany.com.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan