Saya Tidak Sangka Kit Siang Akan Persenda SAPP Di Depan Orang Ramai - Teck Lee

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata beliau amat terkejut dengan serangan penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap SAPP, apabila dia memberi kata dua kepada SAPP supaya menyertai Pakatan Rakyat (PR) dengan alasan "hanya PR boleh menewaskan Barisan Nasional (BN).

"Sebenarnya Ketua DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin menjemput saya ke pesta menuai DAP (semalam). Sebagai balasan saya jemput Jimmy Wong sebagai tetamu ke rumah saya dan kami berbincang dengan baik soal politik.

"Kami bersetuju mengenai pentingnya dibina persefahaman bersama antara SAPP dan DAP," menurutnya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Bekas Ketua Menteri itu berkata sebagai tetamu di majlis DAP, beliau tidak menyangka akan diberikan kata dua seperti yang diutarakan Kit Siang degan cara yang kasar, yang meletakkan dia dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain dalam keadaan yang memalukan, dan parti dipersendakan di hadapan orang ramai.

"Lim benar-benar mengejutkan kami, dengan nada suara yang kasar, cara yang keras, memanggil kami dan mempersendakan SAPP," katanya.

Yong berkata pada pandangannya selepas pilihan raya Sarawak, Lim Kit Siang menjadi teramat yakin untuk mengambil alih Putrajaya dan kerajaan Negeri Sabah pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya dia tertanya-tanya, adakah ini kerana Lim kini merasakan yang DAP tidak memerlukan pihak lain lagi, dan jika parti itu boleh menewaskan BN, mengapa ia minta SAPP sertai Pakatan.

Bagaimanapun Yong berkata beliau masih berharap hubungan SAPP dengan PKR, DAP dan PAS boleh diperbaiki sebelum pilihan raya.

"Saya hanya berharap keyakinan yang terlampau tinggi oleh kalangan pemimpin-pemimpin DAP akan semakin reda pada bulan-bulan akan datang, dan mereka akan sedar bahawa janji mereka untuk bawa perubahan di Sarawak sudah gagal sama sekali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan