Puting Beliung Di Missouri: Semua Rakyat Malaysia Selamat - Wisma Putra

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang cedera atau terkorban dalam bencana puting beliung yang melanda bandar Joplin, Missouri, Amerika Syarikat pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan Wisma Putra, perkara itu dimaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di New York.

"Kedua-dua Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C dan Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berikutan kejadian tersebut.

"Selain itu mereka juga sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa persekutuan dan negeri mengenai keadaan semasa di Missouri," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga telah mengarahkan kedua-dua perwakilan Malaysia itu mencari dan mendaftarkan rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di sana untuk memastikan keadaan mereka.

Dalam bencana itu, seramai 89 orang dilaporkan terkorban. Ia juga memusnahkan bangunan serta harta benda sepanjang laluannya sejauh 10km. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan