Program Pemulihan Pemasyarakatan Akan Diperluas Ke Puspen

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMAS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Program Pemulihan Pemasyarakatan yang kini melibatkan penghuni penjara akan diperluaskan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

Beliau berkata pelaksanaan fasa dua itu akan turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Ini kita akan bincang dengan AADK kerana kita cadang untuk menggunakan pendekatan sama menempatkan penagih dalam program seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin di sini, Sabtu.

Idea penciptaan program itu tercetus daripada pemikiran Najib yang menjadikan program itu sebahagian daripada rancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Seramai 300 penghuni penjara yang juga dikenali Orang Dalam Seliaan (ODS) sedang ditempatkan di pusat pemulihan Kem Syed Sirajuddin itu yang mampu menampung sehingga 400 pesalah undang-undang, di mana mereka diajar cara-cara bertani dan memelihara ikan.

Perasmian pusat pemulihan di Kem Syed Sirajuddin itu adalah yang kedua selepas Perdana Menteri merasmikan pusat pemulihan bagi program sama di Kem Mahkota Kluang, Johor pada 26 Mac lepas.

Perdana Menteri berkata program tersebut adalah sesuatu yang unik yang mampu memberi banyak faedah kepada ODS, termasuk persediaan mereka meneruskan kehidupan selepas dibebaskan kelak.

"Ada yang menyatakan ilmu yang mereka dapat timba, mereka bercadang nak guna selepas keluar tidak berapa lama lagi, umpamanya kalau mereka belajar dalam bidang pertanian, berharap jadi petani moden.

"OSD di sini dapat pendapatan RM200 sebulan, ini jauh lebih tinggi daripada semasa dalam penjara kerana dapat RM30 sebulan. Ini menunjukkan mereka akan dapat faedah yang besar dan boleh dijadikan dana kecilan jika mereka keluar nanti," katanya.

Sehubungan itu, mereka dicadangkan untuk diberi pinjaman modal daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) bagi mereka mulakan bidang pertanian yang dicitakan. Ditanya sama ada program itu akan diperluaskan kepada penghuni penjara wanita, Najib sekadar berkata "Ini pemulaan, ada cabaran yang lain kalau ada wanita".

Terdahulu semasa berucap, beliau yang teruja dengan pelaksanaan program tersebut yang akan melibatkan tiga lagi kem tentera, berkata program itu mengandungi unsur baru, aliran pemikiran yang segar dan kreatif yang cuba diterapkan dalam kerajaan.

Beliau berkata program tersebut melibatkan kerjasama daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan program itu boleh mencapai empat objektif yang disasarkan iaitu mengurangkan kadar jenayah, budaya kerjasama merentasi kementerian dan agensi, persepakatan dalam memulihkan penghuni penjara dan dapat menambah hasil pendapatan negara.

Program itu akan dilaksanakan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan; Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Setar; dan Kem Batu 10, 4 Briged Mekanise Kuantan, Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan