Pemilihan PAS: Siti Zailah Tetap Cabar Ketua Muslimat

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff akan tetap mencabar penyandang jawatan itu, Nuridah Salleh pada pemilihan parti itu kali ini.

Siti Zailah berkata, beliau menghormati banyak perwakilan yang telah mencalonkannya untuk pertandingan tersebut.

"Dalam parti Islam, kita bukan bertarung untuk menjatuhkan seseorang pemimpin tetapi masing-masing tawarkan diri untuk berkhidmat demi parti," katanya kepada mStar Online, Sabtu.

Pada pemilihan PAS mulai 3 hingga 5 Jun ini, jawatan Ketua Muslimat menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Nuridah dan Siti Zailah.

Siti Zailah, 51, yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang memberitahu, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan menentukan siapa yang bakal menerajui sayap parti itu.

"Kita dalam parti Islam bertanding secara sihat dan percaya apa yang kita buat dapat pahala dan mendapat keredhaan Allah," jelasnya yang mendapat pendidikan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Dari segi pengalamannya, beliau pernah memegang jawatan seperti Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat, Ahli Mesyuarat Majlis Daerah Tanah Merah, Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai, Ketua Dewan Muslimat Kawasan Tanah Merah dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.

Lain-lain termasuk Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Naqib Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Ketua Muslimat Negeri Kelantan dan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

Siti Zailah yang telah berkhidmat hampir 30 tahun untuk PAS berkata, sekiranya diberi mandat, beliau akan membina generasi pelapis dan menguatkan hubungan antara Dewan Muslimat dan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Saya juga ingin memperkasakan Dewan Muslimat agar dapat menghadapi pelbagai cabaran menjelangnya PRU Ke-13 nanti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan