Najib: Ya Kerajaan Akan Kaji Kenaikan Tarif Elektrik

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung tarif elektrik.

Beliau berkata, penilaian yang terpeinci akan dibuat sebelum sebarang keputusan mengenainya diumumkan.

"Apa-apa pun kita tengok dulu, kita tak boleh kata apa-apa lagi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Ditanya mengenai kesahihan laporan berita yang tersebar di beberapa portal berita mengenai kenaikan tarif elektrik seperti yang didakwa diputuskan dalam mesyuarat NEC pagi ini, Perdana Menteri berkata: "Itu laporan... terpulang kepada dia (portal berita untuk buat spekulasi)."

Beberapa laporan di portal berita pada Jumaat melaporkan bahawa NEC telah meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Isnin depan.

Ditanya mengenai keresahan rakyat berhubung kajian rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan, Najib yang juga Presiden Umno berkata, langkah berkenaan telah disalah ertikan oleh banyak pihak.

Sebaliknya menurut beliau, kajian rasionalisasi berkenaan bertujuan untuk mengurangkan kenaikkan subsidi.

"Sebenarnya banyak orang tak berapa faham bahawa ini bukan mengurangkan subsidi tapi sebenarnya mengurangkan kenaikan subsidi.

"Sebab subsidi bukan sahaja diberikan tapi bertambah iaitu daripada RM11 bilion naik kepada RM20 bilion.

"Jadi maknanya kita terpaksa cari lebih kurang RM8 bilion lagi tambahan...bukan jumlah yang kecil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan