Mahkamah London Putuskan Kedua-dua Pasukan Group Lotus dan Team Lotus Berhak Guna Jenama Yang Sama

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di London telah membuat keputusan bahawa jenama ‘Lotus’ yang menjadi perebutan di antara dua pasukan formula satu dari Malaysia adalah menjadi milik Group Lotus yang dikuasai oleh Proton.

Tetapi pada masa yang sama, mahkamah juga memutuskan bahawa Team Lotus milik Datuk Seri Tony Fernandes serta rakan-rakannya masih boleh terus berlumba dalam Formula 1 menggunakan jenama yang sama.

Group Lotus Plc dan Team Lotus telah merujuk kes mereka ke mahkamah tinggi London untuk mencari kata putus siapakah yang berhak menggunakan nama dan jenama ‘Lotus’ yang merupakan satu jenama legenda dalam dunia sukan permotoran dunia khususnya Formula 1.

Hakim Peter Smith dalam penghakimannya menegaskan beberapa perkara utama seperti berikut;

• Group Lotus mempunyai hak untuk menggunakan jenama ‘Lotus’ di dalam lingkungan haknya di dalam Formula 1. • Group Lotus berhak untuk menggunakan warna emas dan hitam yang menjadi warna tradisi mereka di dalam Formula 1.

• 1Malaysia Racing Team (1MRT) didapati melanggari syarat-syarat persetujuan pemberian penggunaan lesen dan Group Lotus dianugerahkan pampasan.

• Tanda dagangan Team Lotus Ventures Limited dibubarkan dari diguna pakai.

• Tanda dagangan Group Lotus tidak terjejas dan

• Group Lotus mempunyai hak untuk menggunakan logo ‘Lotus’ pada kereta untuk kegunaan di atas jalan raya.

Hakim itu bagaimanapun membuat keputusan bahawa Team Lotus pada masa yang sama juga mempunyai hak untuk terus berlumba di dalam perlumbaan Formula 1 di bawah nama Team Lotus.

Sementara itu Group Lotus di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi perhubungan awamnya di sini bimbang aspek-aspek tertentu di dalam penghakiman oleh mahkamah tersebut akan menimbulkan kekeliruan di kalangan para peminat Formula 1 dan juga orang awam tentang hak penggunaan jenama ‘Lotus’.

Dengan itu Group Lotus sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan supaya mahkamah memutuskan agar hak mutlak penggunaan jenama ‘Lotus’ dalam Formula 1 diputuskan secara jelas demi kepentingan sukan lumba permotoran.

Group Lotus berkata, ia dan pemegang sahamnya Proton Holding Bhd yakin perkara tersebut akan dapat diselesaikan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan