Kem PLKN Tanaki Ditutup Ekoran Risiko Tanah Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tanaki di Tambunan, Sabah ditutup buat sementara mulai Sabtu ekoran berhadapan risiko tanah runtuh.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata tindakan proaktif itu diambil hasil tinjauan Tim Pemantauan JLKN pada 23 Mei lalu berpendapat struktur tanah di beberapa kawasan di dalam kem tersebut perlu dibuat kajian keselamatan.

Jumlah pelatih di kem berkenaan adalah seramai 265 termasuk 35 orang dari Semenanjung dan mereka terdiri daripada 147 lelaki dan 118 perempuan.

"Kesemua mereka telah dipindahkan pada jam 9 pagi tadi ke kem-kem PLKN yang lain iaitu Kem PLKN Mesapol Sipitang iaitu seramai 52 orang, Kem PLKN KK Bawah Bayu Tuaran, 71 orang, Kem PLKN Wawasan Papar, Kota Kinabalu, 70 orang dan Kem PLKN Sinarjaya Kota Belud 72 orang," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Abdul Hadi berkata ibu bapa dan keluarga pelatih telah dihubungi dan dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Abdul Hadi berkata JLKN telah meminta pengusaha kem berkenaan supaya memperbaiki tempat berisiko berkenaan seterusnya mendapatkan pengesahan juruperunding bertauliah.

Beliau berkata Bahagian Teknikal Kementerian Pertahanan kemudian akan membuat siasatan dan memberi cadangan kepada pihaknya sama ada kem berkenaan boleh dibuka semula atau sebaliknya.

"JLKN amat mengambil berat soal keselamatan dan keselesaan pelatih dan tidak akan bertolak ansur dalam aspek ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan