Bekas Pemain Bola Sepak Perlis Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas pemain bola sepak Perlis era 80-an, Roslee Ramlee, 53, meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika berjoging di kawasan Bukit Lagi dekat sini, Jumaat.

Bekas penyerang pasukan Perlis itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pukul 6.20 petang Jumaat dan meninggal dunia sejam kemudian.

Isterinya, Azihani Ali yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis berkata, suaminya yang juga seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) sempat berjoging di situ kira-kira sejam sebelum menelefonnya di rumah dan mengadu sesak nafas lalu beliau membawanya ke HTF untuk mendapatkan rawatan.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai "Chik" menghembuskan nafas terakhir di hadapan Azihani dan dua anaknya, Alissa, 18 dan Afeeq, 16.

Jenazahnya dibawa pulang ke rumah mereka di Jejawi Alor Lanchang pukul 10.30 malam tadi. Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jejawi Sungai Adam tengah hari Sabtu.

Di antara mereka yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan