Zahid Harap Anggota Umno Yang Merajuk Kembali Kepada Parti

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Anggota Umno yang rasa terpinggir ataupun yang merajuk dengan parti diminta melupakan kisah silam dan kembali untuk membantu menjayakan proses transformasi politik dan kerajaan yang sedang dijalankan.

Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata tenaga mereka diperlukan bagi membantu dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno yang sedang bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di sini, Jumaat, beliau berkata Perdana Menteri mempunyai pendekatan yang berbeza dengan pemimpin terdahulu, dan kerana itu anggota yang rasa terpinggir, tidak dikehendaki, merajuk dengan parti atau pernah digantung, selain yang keluar parti dan menyertai pembangkang, patut kembali kepada Umno.

"Ada juga daripada mereka kecil hati tidak terpilih sebagai calon. Selepas kalah pada pilihan raya umum 2008 di Perak di mana Umno kalah tujuh kerusi, kita buat kajian dan didapati 100 peratus disebabkan rasa tidak puas hati anggota Umno. Ada yang sabotaj," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahana, berkata pengalaman menunjukkan jika sesuatu keputusan dibuat kerana marah, sedih dan tertekan, ia bukan suatu keputusan yang tepat.

"Kalau nak ikut pengalaman saya, saya pernah jadi Ketua Pemuda Umno yang tiada jawatan dalam kerajaan. Dalam Umno kita kena ada daya tahan, daya saing. Bagaimanapun, kita dah nampak perubahan dalam hal ini di kalangan mereka yang sedar," katanya.

Beliau berkata bahawa tanpa kekuatan politik dan sokongan rakyat semua kaum, kerajaan tidak boleh mencapai objektifnya. "Orang Umno kena mulakan. Cukup-cukuplah merajuk," katanya.

Ahmad Zahid berkata program pendaftaran anggota baru Umno menunjukkan peningkatan 10 hingga 15 peratus tahun lepas dan tahun sebelum itu.

"Untuk tahun ini, ia menunjukkan peningkatan drastik. Bagaimanapun, jika pendaftaran anggota sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih tidak cukup," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan